Salam Bulan Ramadhan 2013...Ramai yang beranggapan penduduk FELDA di Lahad Datu,Sabah kini tergugat ekoran berita Penceroboh akan bertandang lagi di tanah sabah.Tanduo satu nama tenpat terpencil dahuluhunya kini di kenali di pelusuk negeri Malaysia Amnya kerana pelbagai tragedi telah menimpa beberapa bulan yang lalu.
Tahukah anda tanggapan seumpama itu langsung tidak mematahkan semangat hidup warga felda khususnya untuk menjalani hari-hari seperti biasa di tempat ini walaupun anasir negetif melanda daerah ini.
Bila melihat kenderaan ini,rasa gerun di dada membayangkan situasi sebenarnya di medan pertempuran berperisaikan kereta-kereta kebal melawan tetamu tidak di undang.Semua penduduk akan berarak di pinggiran jalan hendak melihat sendiri perisai pahlawan yang akan di lagakan ke medan pertempuran.Ketika itu,berpusu-pusulah deretan orang menangkap gambar pelbagai bentuk perisai,ada yang besar dan ada yang kecil dengan warna mengikut jabatan masing-masing.
Kini,keadaan dan suasana tanah Felda hampir pulih,tetapi di war-warkan lagi dengan berita yang membimbangkan penduduk Felda Sahabat dan daerah kejiranan berdekatan.Admin tidak berasa sedikitpun risau dengan keadaan kampung felda ini yang masih dalam tinjaun pihak tentera kita,kerana dengan adanya merekalah kami dapat bergerak bebas dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.Keyakinan kami kuat bahawasanya keselamatan penduduk terjamin di atas langkah-langkah kerajaan melindungi penduduk di sekitarnya.
Kapal tebang,helikopter,dan kereta perisai seperti telah menjadi biasa bagi kami melihatnya setiap hari dan tiada lagi "kejakunan" yang melebih-lebih di kalangan penduduk.TERIMAH KASIH kepada pentadbir negara atas keperihatinan barisan merekalah kami di sini masih dapat merasakan tanah kemerdekaan seperti sedia kala.
No comments:
Post a Comment